Saturday, October 24, 2009

gOod Luck fRens...

As final exam was cOming sOon...I want to wish gOod luck to all of you.Do the best okEy...



Firman Allah s.w.t :
" Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di muka bumi ini dan tidak juga yang menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hatiakan apa yang luput daripada kamu..."-Surah al- Hadid (57) :22-23

...Jangka Masa Pendek...


Untuk jangka masa pendek, saya akan terus berusaha untuk mencari sebanyak mana ilmu yang termampu untuk digunakan dan diaplikasikan di sekolah kelak. Dengan bantuan dan sokongan daripada keluarga, para pensyarah dan rakan- rakan, saya akan terus berusaha dan sabar dalam meniti hari- hari di UPSI. Saya berharap saya dapat menghabiskan pengajian selama 4 tahun ini dengan baik dan bakal menjadi seorang guru yang bukan hanya mengajar di dalam kelas semata- mata tetapi boleh mendidik anak bangsa dan menanamkan nilai- nilai positif ke dalam diri mereka.

Saya juga berharap dapat mengekalkan prestasi saya di universiti dan akhirnya dapat bergraduat. Doa daripada keluarga, para pensyarah dan rakan- rakan sentiasa mengiringi setiap langkah dan usaha saya dalam menjalani hidup mencabar di UPSI.

PICASA MOVIE

Posted by Picasa